Notis privasi
Kemas kini: 31 Oktober 2026
Notis ni terangkan macam mana SIHAT LAB SERVICE (TR0352367-D) ("SihatLab") guna data peribadi korang, ikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
1. Data yang kami kumpul
- Masa masuk senarai menunggu atau daftar: nama, nombor WhatsApp, emel, kelas yang dipilih dan kod kelab (kalau ada).
- Masa daftar kelas: jawapan borang saringan kesihatan.
- Masa kelas: kehadiran, result ujian (contohnya MAF dan 5K), dan video lari yang korang hantar untuk form-check.
- Bayaran diproses oleh CHIP. SihatLab tak nampak atau simpan nombor kad atau maklumat bank korang.
2. Kenapa kami guna data ni
- Hubungi korang pasal kelas, hantar link bayaran, resit, link group dan bahan kelas.
- Keselamatan: jawapan saringan kesihatan hanya untuk pastikan korang selamat untuk berlatih.
- Ukur progress, buat form-check report dan sijil penyertaan.
- Bagitahu pasal cohort atau kelas akan datang. Korang boleh minta berhenti bila-bila masa.
3. Siapa lagi yang nampak data ni
- CHIP, untuk proses bayaran.
- Google (borang dan spreadsheet tempat data disimpan) dan WhatsApp (group kelas).
- Kami tak jual atau sewa data korang kepada sesiapa.
4. Gambar dan testimoni
Kami cuma guna gambar, nama atau kata-kata peserta dalam promosi bila peserta tu dah bagi izin.
5. Berapa lama kami simpan
Data disimpan selama 2 tahun lepas kelas terakhir korang, lepas tu dipadam. Rekod bayaran disimpan ikut tempoh yang undang-undang cukai minta.
6. Hak korang
Korang boleh minta salinan data korang, minta betulkan data yang salah, atau tarik balik persetujuan untuk dihubungi. Emel hai@sihatlab.com.my. Kami balas dalam 21 hari.
← Balik ke laman utama