Kelas Lari SihatLab (Run 30) · Cohort 1 · Online, Ahad 9 malam

Lari 30 minit.
Tanpa injury.

Tak perlu jadi athlete untuk start berlari. Tak perlu jam yang mahal. Dari berjalan ke first 5KM lari non stop!

Jom start Dari RM39 je · semua dapat guideline free
4.6/5 dari 19 peserta World Athletics Level 1 Coach Sains Sukan Tahap 1, AKK 5K PB 18:47

Kalau korang pernah cuba lari

Minggu pertama semangat.
Minggu ketiga, dah berhenti.

01

Lari dua minggu, lutut dah sakit.

Terus rasa badan tak sesuai lari. Selalunya sebab naik jarak atau masa lari secara mendadak. Tendon lambat adapt berbanding jantung.

02

Setiap kali lari, semput.

Lari sampai tak boleh bercakap, setiap kali. Rasa separuh mati, tapi tak nampak improvement. Sia-sia je.

03

Tak tahu nak start dari mana.

YouTube cakap lain, influencer cakap lain, kawan cakap lain. Kasut apa? Berapa jauh? Seminggu berapa kali?

Korang bukan malas. Korang cuma takde pelan.

Dalam kelas ni kita susun step by step. Start perlahan, ukur progress, naik sikit-sikit. Badan sempat adapt, tak cedera, dan korang tak berhenti tengah jalan.

Kenapa aku buat SihatLab

Malaysia makin tak sihat.
Ajak family start bersukan.

54.4%

Lebih 1 dalam 2 orang dewasa

Malaysia overweight atau obes

29.9%

Hampir 3 dalam 10 orang dewasa

tak cukup aktif

~2×

Kes kanser baru setahun dijangka berganda menjelang 2040. Tak aktif dan obes antara risiko yang boleh diubah.

Mula dengan diri sendiri

Cara paling senang nak tolong negara: ajak family start bersukan. Dan ia bermula dengan korang.

Sumber: NHMS 2023 · GLOBOCAN 2018 dan 2020

Apa korang belajar

Dari lari ikut rasa,
ke lari ikut pelan.

8 kelas live, setiap Ahad 9 malam, 22 Nov sampai 17 Jan (cuti 27 Dis). Ambil semua dalam bundle, atau walk-in RM39 untuk topik yang korang perlu je. Setiap kelas ada nota dan homework.

AHAD 22 NOV

BAB 0 · MULA DARI KOSONG

Tak pernah lari langsung. Nak start macam mana?

Saringan kesihatan, mitos, dan pelan 3 tahap dari jalan laju ke lari 30 minit.

AHAD 29 NOV

BAB 1 · KASUT DAN GEAR

Kena beli kasut mahal ke?

Apa yang betul-betul penting bila pilih kasut, dan apa yang boleh skip.

AHAD 6 DIS

BAB 2 · ZON HEART RATE

Kenapa lari slow buat korang lagi laju?

5 zon heart rate, dan talk test kalau takde jam.

AHAD 13 DIS

BAB 3 · UJIAN MAF

Macam mana nak tahu dah improve?

Ujian MAF untuk ukur stamina guna nombor, bukan rasa.

Lagi faham kalau dah ikut Bab 2

AHAD 20 DIS

BAB 4 · PACE DAN VDOT

Pace berapa yang sesuai untuk aku?

Kira pace latihan sendiri dari result 5K korang.

Lagi faham kalau dah ikut Bab 2

AHAD 3 JAN

BAB 5 · SUSUN LATIHAN

Seminggu berapa kali? Berapa jauh?

Supercompensation, rehat, dan susun minggu latihan yang realistik. Timing beats volume.

Lagi faham kalau dah ikut Bab 2

AHAD 10 JAN

BAB 6 · MAKAN UNTUK LARI

Nak makan apa sebelum dan lepas lari?

Asas tenaga, air, dan makan untuk recover. Takde diet ekstrem.

AHAD 17 JAN

BAB 7 · INJURY DAN RACE

Lutut sakit. Rehat ke teruskan?

Kenal tanda awal injury, strength asas, dan persediaan hari race.

Kalkulator percuma: VDOT dan zon heart rateDapat pace latihan dari satu race, atau zon heart rate dari umur kau.

Coach Dollah

Founder SihatLab

Kenal coach korang

Bukan elite runner.
Tapi coach bertauliah.

Aku bersukan dari sekolah rendah, start lari serius tahun 2022. Pernah coach kat Damansara Running Club. Sekarang aku fokus satu benda je: tolong orang biasa start lari dengan betul, tanpa cedera.

18:47

PB 5K

1:27

PB half marathon

World Athletics Level 1Kejurulatihan olahraga
Sains Sukan Tahap 1Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK)
Pingat gangsa 800mSukan Asasi 2019
Bekas coachDamansara Running Club (DRC)

Kelas sebelum ni

Dah buat dua kelas.
Ni kata diorang.

4.6/5

purata rating kelas

84%

bagi 5/5 untuk “nak datang lagi”

4 / 10

peserta kelas pertama datang balik kelas kedua

25–50

umur peserta. Bukan untuk atlet je.

Coach Aidy mengajar strength untuk pelari dalam kelas fizikal SihatLab
Strength untuk pelariCoach Aidy (NSCA) · kelas fizikal, 24 Mei 2026
Peserta tengok dan pegang kasut lari atas meja
Kelas kasutTengok dan pegang sendiri sebelum beli
Coach Dollah menulis pelan latihan atas papan
Atas papanCoach Dollah terangkan pelan latihan
Peserta kelas SihatLab bergambar bersama
Lepas kelasPeserta kelas fizikal, Mei 2026
“I got to know how I can improve my endurance using MAF. So that I can plan my training.”
Husna, 29
“The knowledge and explanations! Very well explained.”
Amira, 33 · datang dua kali
“The science behind running, especially supercompensation.”
Elle, 33
“Performance explanation on baseline and the strength training.”
Hazlin, 40
“Good instructor, and knowledgeable. Good explanation.”
Husna, 29
“Practical session. Great class!”
Aisyah, 40 · datang dua kali

Dari 19 borang feedback, kelas fizikal 3 Mei dan 24 Mei 2026.

Kau yang mana?

Tak perlu jadi atlet.

Tekan kad yang paling kena dengan kau.

Pilih kelas

Cuba satu dulu,
atau terus ambil bundle.

Bonus untuk semua: Pelan Mula Lari

Pelan 3 tahap dari jalan laju ke lari 30 minit. Dapat terus lepas bayar, boleh start sementara tunggu kelas.

Harga early bird RM149 sampai 15 Nov je. Lepas tu RM199.

Dah walk-in dan nak sambung? Aku WhatsApp link upgrade lepas kelas, RM39 dah ditolak. Sah 7 hari.

Join lepas kelas dah start? Boleh je ambil bundle. Bab yang terlepas, korang ikut free dalam cohort seterusnya sampai habis silibus.

Money-back guarantee

Buat kerja. Tak improve? Duit balik 100%.

Datang kelas, buat homework, buat ujian. Kalau result tak improve, aku pulangkan harga bundle penuh.

*Bundle je. Hadir 8 kelas, hantar homework, buat ujian minggu 1 dan 12. Terma penuh

Akan datang

Coaching 1-1, depan-depan.

Aku sendiri lari dengan korang, seminggu sekali selama 8 minggu. Betulkan form on the spot, susun pelan ikut jadual dan badan korang, dan semak progress setiap minggu. Termasuk semua 8 kelas online.

Slot terhad. Coach ada sorang je.

Sebelum daftar

Soalan yang orang selalu tanya.

Aku tak pernah lari langsung. Boleh join?

Boleh sangat. Bab 0 memang untuk yang tak pernah active. Saringan kesihatan, mitos, dan pelan 3 tahap dari jalan laju ke lari 30 minit.

Aku overweight. Sesuai ke?

Sesuai. Tak perlu tunggu kurus dulu. Kita start dengan jalan laju dan lari-jalan, naik sikit-sikit supaya lutut sempat adapt.

Umur dah 40 lebih. Lambat sangat ke?

Tak. Peserta kelas lepas umur 25 sampai 50. Buat saringan kesihatan dulu, ikut pelan, dan run your own race.

Aku busy. Seminggu kena training berapa lama?

Kelas live sekali seminggu. Training sendiri start 3 kali seminggu, 20 ke 30 minit je.

Kena ada jam heart rate?

Tak wajib. Jam membantu untuk Bab 2 dan 3, tapi aku ajar talk test sekali. Takde jam pun boleh.

Aku ada masalah jantung atau darah tinggi.

Isi borang saringan kesihatan masa daftar. Kalau ada jawapan “ya”, dapatkan pengesahan doktor dulu sebelum start training.

Confirm ke tak cedera atau turun berat?

Coach yang jujur takkan janji macam tu. Apa yang aku bagi: pelan yang naik perlahan, cara kenal tanda awal injury, dan ujian untuk ukur progress. Result bergantung pada konsisten korang.

Kelas dalam bahasa apa?

Bahasa Melayu, dengan istilah sukan dalam English (heart rate, pace, VDOT) supaya korang faham bila baca jam atau app lari.

Apa beza SihatLab dengan coach lari lain?

Empat benda. Coach bertauliah (World Athletics Level 1, Sains Sukan Tahap 1 AKK), bukan influencer. Kita start dari jalan kaki, untuk orang yang tak pernah lari. Pelan naik perlahan dengan minggu ringan supaya tak cedera. Dan progress diukur guna ujian minggu 1 dan minggu 12, bukan teka.

Apa beza walk-in dengan bundle?

Walk-in: 1 kelas live untuk Bab yang korang pilih, plus PDF Pelan Mula Lari. Bundle: semua 8 kelas, rakaman 30 hari, e-book Nota Running 2026, form-check report, tracker progress dan sijil. Dah walk-in dan suka? Aku WhatsApp link upgrade lepas kelas, RM39 dah ditolak. Sah 7 hari.

Macam mana nak dapat sijil?

Peserta bundle yang hadir sekurang-kurangnya 6 dari 8 kelas live, dan tengok rakaman untuk setiap kelas yang terlepas, dapat Sijil Penyertaan Kelas Lari SihatLab (Run 30) bertandatangan coach, dalam PDF. Join tengah jalan? Sijil keluar bila dah cukup syarat yang sama, termasuk kelas yang diikut dalam cohort seterusnya.

Kalau terlepas kelas live?

Peserta bundle dapat rakaman setiap kelas, 30 hari. Tiket walk-in boleh tukar ke Bab lain sekali, bagitahu 24 jam awal.

Boleh join bundle bila kelas dah start?

Boleh. Korang dapat rakaman kelas yang dah lepas, dan Bab yang terlepas boleh ikut free dalam cohort seterusnya. Jadi korang tetap habis silibus penuh, dengan kelas live.

Macam mana nak bayar dan dapat akses?

Bayar guna CHIP: FPX, DuitNow QR atau kad. Resit dan PDF bonus masuk emel, link group WhatsApp keluar lepas bayar.

Ahad ni,
jom start lari.

Tak perlu tunggu fit. Start dengan jalan laju, yang lain kita susun sama-sama.

Aku nak join

Terma dan syarat jaminan wang dikembalikan

  1. Untuk Bundle 8 kelas je, bukan tiket walk-in.
  2. Hadir semua 8 kelas live. Kalau terlepas, tonton rakaman dalam masa 7 hari.
  3. Join tengah jalan? Jaminan dikira bila korang dah habis semua 8 Bab, termasuk Bab yang diikut dalam cohort seterusnya.
  4. Hantar homework setiap minggu.
  5. Buat ujian MAF dan ujian 5K pada minggu 1 dan ulang pada minggu 12, dan hantar result dari jam atau app lari.
  6. “Tak improve” maksudnya pace MAF dan masa 5K minggu 12 dua-dua tak lebih baik berbanding minggu 1.
  7. Tuntut dalam masa 14 hari lepas ujian minggu 12, melalui WhatsApp atau emel. Bayaran balik masuk ikut cara bayaran asal dalam 14 hari bekerja.
  8. Ni bukan janji turun berat atau tak cedera. Result bergantung pada konsisten dan kesihatan korang.

Senarai menunggu

Simpan tempat aku

Bayaran belum buka. Tinggal maklumat, kami hantar link bayaran bila dah buka.